Tuesday, September 30, 2008

Kenangan

Yang pahit akan menjadi manis bila di sentuh masa...Benarkah begitu? Mungkin benar dan mungkin juga tidak. Manis atau pahit hanya diri sendiri yang merasa, dan menilai kesannya pada hati dan jiwa. Kemudian akan wujud pilihan samada untuk mengingati atau melupakan. yang pasti, setiap dari kita akan mengingati setiap kenangan itu dengan cara tersendiri.

Akhir

Hari ini hari terakhir Ramadhan. Moga dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan yang akan datang.

Friday, September 26, 2008

Check List

  • Baju raya- sudah dibeli di Vietnam, baju yang ditempah belum tentu siap.
  • Kasut/selipar- Tidak perlu lepas raya baru beli
  • Kuih raya- sudah dibeli
  • Duit raya- Tidak perlu tukar, guna duit raya tahun lepas yang tidak habis.
  • Baju raya anak buah juga sudah dibeli seorang satu semasa di Vietnam.
  • Rumah - perlu dibersihkan
  • Barang-barang rumah pakai yang sedia ada.

Friday, September 19, 2008

Rajuk

Maafkan aku wahai kawan, walaupun telah lama berlalu namun aku tak bisa melupakan. Tiada lagi kata-kata buat aku menyapa dirimu malah tiada lagi senyum yg ku berikan untukmu, melainkan rajuk yang melecunkan hati.Entah bagaimana mahu dikuburkan ingatan ini, kerana aku benci akan kenangan pahit yang jadi ukiran.

Kelmarin, sewaktu bangkit dari tidur, hati berderum tidak keruan. Entah kenapa tiba-tiba menangis sendirian. Dada seperti dicengkam. Hilang punca. Malamnya tiada mimpi ngeri dilayar tidur. Rupanya aku cuma udang yang merentak di dalam tangguk semata.

Airmata berderaian mengalir di pipi. Aku cuba duduk sambil mulut mengucap tasbih, tapi hati masih sukar dipujuk. Lalu tangan tergerak mencapai tafsir al-Quran di sisi. Aku membelek secara rawak. Dan ini yang aku jumpa, Surah Yunus, 65

65. Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Thursday, September 18, 2008

Perlukah?

Sekarang saya mempunyai seorang pelajar master. Secara fizikalnya semua orang akan anggap beliau seorang pelajar yang rajin. Saya pun begitu..tetapi setelah 2 semester berlalu beliau masih tidak ada apa-apa hasil, cuma ada 2 semester lagi. Beliau nampak mcm matang tetapi buat kerja seperti budak-budak. Pelajar degree saya jauh lebih matang.

Perlukah
  • Saya biarkan saja beliau dgn caranya setelah saya berkali-kali berterus terang pasal kemajuannya
  • Saya memberi laporan yang agak negatif kepada pihak pengurusan saya tentang beliau
  • Saya pressure habis-habisan sehingga dia tidak tahan dan berhenti
  • Saya berikan kerja beliau kepada pelajar lain dan biarkan beliau.
  • Saya memberi peluang ke-3 untuk beliau.

Wednesday, September 17, 2008

Minggu Kedua

Alhamdulillah, sepanjang dua minggu berpuasa hanya 2 kali saya berkunjung ke pasar Ramadhan untuk membeli juadah. Aktiviti ziarah bazar Ramadhan untuk diri saya sudah tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya. Mungkin kerana keazaman saya untuk memperbaiki Ramadhan kali ini agar lebih baik dari yang lepas, membuatkan tidak berselera untuk mengunjungi pasar Ramadhan. Saya tahu sukar untuk menolak keinginan membeli bila melihat juadah yang pelbagai di sana.

Sepanjang minggu ke-2 juga saya di landa sakit perut tetapi mujurlah saya dapat menahan sehingga berbuka setiap hari.

Sunday, September 07, 2008

Minggu Pertama

Minggu pertama Ramadhan telah saya laulu tanpa mengunjungi pasar ramadhan.